Katanya aku sudah lupa kawan, katanya aku pentingkan diri, katanya aku tiada perasaan belas kasihan, katanya aku kini sudah berubah, katanya aku kaki buli sekarang. Lupa kawan kah aku kalau setiap kali kemana aku pergi aku ingat kau? pentingkan diri kah aku kalau aku cuba sedaya upaya aku untuk tegur kau, untuk cari kau untuk tak lakukan apa yang kau tak suka? tiada belas kasihan kah aku kalau BUKAN BENDA YANG AKU BUAT, TAPI AKU YANG PERGI MINTA MAAF, kaki buli kah aku kalau aku sebenarnya yg suruh kawan aku bayar balik rm 4 ringgit sebab jatuhkan bekal kawan itu. aku sudah berubah? dulu tak, tapi sekarang mungkin ye. sebab apa? sebab kau.
Orang selalu kata "kalau kita tak kata buruk pasal kawan kita, kawan kita pun takkan buat benda sama". Tapi apa ? apa aku dapat? aku akan berkata pasal kau bila aku dgn aini. bila kiteorang rasa ada something tak kena dgn kau. kiteorg akan berkata pasal kau. itupun pasal kenapa kau jadi begitu. tidak pernah lebih. Aku tunggu kau text aku untuk cerita semua masalah. aku tunggu. bukan tak nak tanya, nak sangat tanya tapi entah dah biasa mungkin, kalau aku tanya jawapan kau mesti "mana ada apa2 lah" aku paksa jap lagi kau benci. lagipun orang selalu kata "kalau orang taknak bagitau kita masalah dia, kita kena hormat" Aku buat macam orang kata. tapi alih alih ni aku dapat.
Bodoh memang bodoh kalau kau rasa aku sudah lupa kau. memang bodoh. kalau aku lupa kau, AKU TAKKAN CARI JALAN LAH NAK CARI PUNCA KENAPA KAU JADI MACAM NI. AKU TAKKAN STALK KAU. AKU TAKKAN KISAH LAH APA KAU BUAT. AKU TAK KISAH LAH KAU NAK KATA APA DEKAT TWITTER KAU. AKU TAK KISAH, TAPI APA YG AKU BUAT? AKU STALK KAU SEBAB NAK CARI PUNCA KENAPA KAU JADI MACAM NI!!!!!!! menangis? aku dah takda air mata untuk semua ni. kalau hal pakwamakwa or crush or benda bodohbodoh ni memaeng aku malas nak ambil kisah, tapi kalau pasal persahabatan ni memang aku sayang tapi kali ni..entah aku dah tak mampu. aku mengalah. aku giveup. kau ikut jalan kau, aku pilih jalan aku.
Aku kawan kau, ye mungkin hanya dalam setahun lebih, tapi dalam setahun lebih tu cukup untuk kenal kau, bila kau happy macam mana reaksi kau, dan bila kau sedih macam mana reaksi kau. Aku kenal. sebab apa? sebab aku sayang kawan aku. aku sayang.kau je takpernah perasan. Dia kata "lelaki itu lebih memahami" Aku teringin nak jadi tempat kau luahkan perasaan, aku jenis yg suka off phone, setiap kali aku on phone selalu sangat harap ada missed call or meseg dari kau. Selalu. tapi apa? hahahahha sayang seribu kali sayang, aku hanya dapat meseg daripada orang lain.
Aku akan rindu, itu pasti. tapi rindu tu entah tetibe hilang bila baca balik apa kau tweet. Kau ungkit semua benda. aku bayar balik kalau kau nak. BERAPA? SINI AKU BAYAR BALIK. Sumpah demi Allah, tak pernah sangka kau ungkit balik semua benda. bahagia mungkin kau sebab aku tengah sedih pasal kau. takpa hanya seketika, kejap lagi semua benda ni hilang, jangan tanya kenapa aku takda hati, jangan tanya kenapa aku tak ambil kisah. jangan tanya kenapa. kau buat aku macam ni. kau yang buat aku jadi macam ni.
Sahabat ibarat warna yang ada pada pelangi, saat apapun akan terasa indah tetapi saat hilang akan terasa sakit.
Ya Allah, kalau ini yang terbaik, aku redha. Bahagiakan dia, ampuni dosa dia, kasihanilah dia, limpahkan rezekimu kepada nya, moga dia capai apa yang dia kehendaki, bahagiakan dia bersama keluarganya dan moga dia temui sahabat sejati yang akan selalu ada disisinya, sahabat sejati yang tak lupa kawan macam aku, sahabat sejati yang tak pentingkan diri macam aku.
Aku minta maaf sebab kerja aku menyakiti kau, tapi jujur dari hati sikit pun aku tak pernah terniat. aku sayang, tapi kau mungkin tak perasan. tak apalah, Allah lebih tahu. setiap yang berlaku ada hkmahnya. Sekali lagi aku minta maaf kerana post semua benda ni, aku minta untuk diberi sabar untuk tidak post di blog, tpi aku tidak terdaya. Blog merupakan salah satu sahabar yg sedia menerima segala luahan hati yang sudah lama terpendam. Maaf kalau bahasa aku kurang ajar. Maaf kalau aku dah berubah. Hoping that one day, we'll meet. Hoping that one day you;ll forgive me. hoping that one day we'll be united back. Rahsia Allah, dia mungkin lebih tahu. Kau akan selalu ada dalam doa aku, aku harap aku juga ada dalam doa kau :')
Salam sayang
"yang dahulunya sahabat karibmu"