Blog ini masih hidup. cuma pemiliknya sahaja jarang mengupdate. Sunggu terasa "kaku" untuk mengupdate tapi aku teruskan juga. Sudah pukul 0018 am. Aku masih di sini. anak muda lain sedang asyik tidur dibuai mimpi indah. dan yah aku masih di sini. Mungkin ada yg tertanya bagaimana hidup aku sekarang. Aku bahagia. Terlalu bahagia. Tipu kalau aku kata tiada langsung kesedihan atau dugaan. Ada, dan selalu ada. Tapi aku bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah :-)
"Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya kalau hambanya tidak mampu menghadapinya "
A: Nak tau kenapa Allah menguji awak?
B: Kenapa?
A : Sebab dia sayang awak, dia rindu awak dan dia mahu awak selalu ingat dia.
B : Hmm Allah selalu ingat aku, kenapa aku tak pernah ingat dia? :( Allahuyarabbi
Syawal sudah berlalu pergi. Dan aku kecewa kerana tidak dapat ganti puasa sampai habis. hanya mampu buat 3 hari. Entah apa yg aku membazir masa sepanjang bulan ini aku sendiri tidak pasti. Terlalu leka mungkin dgn adanya "twitter". Jika waktu twitter itu aku habiskan dgn belajar sudah pasti aku kini di "LIST" PELAJAR HARAPAN SEKOLAH. Ini yang aku sedih pada diri aku. Sifat rajinku makin berlalu pergi. Tidak, aku tidak mahu ianya pergi. Aku inginkan 9A untuk spm. dan melanjutkan pelajaran ke luar negara. buat umi abah bangga. Itu yg aku mahu dan aku pasti aku mampu.
Dan hari sabtu, 16/9-
Aku dijemput untuk ke majlis riyana. Happy Birthday sayang ! ":-) Dan untuk pertama kali, kami semua berkumpul. Seronok sangat. ahahaha and ...
Riyana said : Masa birthday yang ke 17 nanti, aku nak sewa satu banglo then girls pakai dress, lelaki pun pakai smart. then semua kena pakai "topeng" :)
Ahaa dia anak tunggal, semua yang dia inginkan pasti dia dapat. Then we watched, the possesion. Entah aku tak tau kenapa orang kata cerita itu best. bagi aku cerita itu terlalu slowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww mcm siput. Mungkin aku tidak menghayati cerita itu betul2. mungkin la. Ditambah pula dgn mamat belakang yang tidak habis2 menendang kerusi aku. Nasib aku memang begini, setiap kali tengok wayang pasti akan ada lelaki yang menendang2 kerusi. LU NAK APA MAT? JANGAN GANGGU HIDUP GUA BOLEH? Aii kekadang aku berangan, bila besar nanti, bila tgk wayang dgn suami, nak sangat ada orang tendang kerusi, then suami aku kata : KAU JANGAN KACAU ISTERI AKU! Ahaaaa ^,^ pasti hidup aku tenang hahahahhahahahahah tapi itu semua angan-angan mat jenin dan ia tidak mungkin menjadi kenyataan . . .
Maaf untuk background belakang. Kami perasan setelah gambar ditangkap. Maaf.



Ifah wasn't here. U know her lah kan. entah apa yg dia fobia dgn camera aku sendiri tidak pasti
Takboleh masuk gambar ifah kat sini, nanti dia mrah. nanti dia tukar jadi singa betina. So i decided simpan gambar aku dgn ifah untuk tatapan aku sendiri :-) Wow sudah 1 pagi. Aku harus tidur, besok sekolah. Doakan aku untuk peperiksaan akhir tahun nanti :-) Assalamualaikum
Salam sayang , Husna