Haii, Alhamdulillah exam dah nak habis and LAGI 2 paper. Prinsip Perakaunan and Ekonomi. This Monday and Tuesday. Wednesday? Thursday? Friday ? Tidur dekat rumah ah apa lagi kan ! hahahaha okay. Bukan tu yang saya nak cerita. Ada yang lebih penting and here it is........
Kepala Yatt Hamzah Melekat Di Sejadah

Pengalaman seorang pelakon Yatt Hamzah. Semoga dijadikan iktibar dan pengajaran kepada pembaca-baca di luar sana. Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Ini sebenarnya satu kempen kesedaran untuk memaklumkan pada seluruh negara dan seluruh umat ISLAM bahawa saudara2 kita di PALESTIN sedang menderita, biarpun hanya menukar Profile Picture, sebenarnya kita telah membantu menimbulkan kesedaran kepada sahabat2 kita yang lain yang tidak pernah cakna dengan isu palestin.
Ayuh sama2 kita bantu tingkatkan kesedaran sahabat2 kita yang lain. Bersama kita semarakkan solidariti kita bersama rakyat PALESTIN..
